JavaScript

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
JavaScript
ParadigmaBerbilang paradigma: penskripan, berorientasi objek (berasaskan prototaip), imperatif, kefungsian
Muncul pada1995; 29 tahun yang lalu (1995)
Direka olehBrendan Eich
PembangunNetscape Communications Corporation, Mozilla Foundation
Lepasan stabil1.8.5[1] (22 Mac 2011; 13 tahun yang lalu (2011-03-22))
Disiplin penjenisandinamik, lemah, itik
Pelaksanaan utamaKJS, Rhino, SpiderMonkey, V8, WebKit, Carakan, Chakra
DipengaruhiC, Java, Perl, Python, Scheme, Self
MempengaruhiActionScript, CoffeeScript, Dart, JScript .NET, Objective-J, QML, TIScript, TypeScript
Logo Wikibuku JavaScript di Wikibooks

JavaScript adalah nama milik Syarikat Komunikasi Netscape dan sekarang adalah pelaksanaan berpiawai ECMAScript untuk Pertubuhan Mozilla. Bahasa ini amat popular kerana terdapat banyak penggunaannya pada laman-laman web (sebagai JavaScript pihak pelanggan).

Ramai yang beranggapan bahawa JavaScript adalah "Java yang ditafsir" walaupun pada hakikatnya tidak sebegitu. Malah, walaupun namanya serupa, kaitan antara JavaScript dengan Java adalah jauh sekali. Sintaksis JavaScript diilhamkan dari Java dan C untuk memudahkan pengguna baru mempelajarinya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, pembangunan JavaScript diusahakan oleh Brendan Eich di bawah nama Mocha, kemudiannya ditukar kepada LiveScript, dan akhirnya ditukar kepada JavaScript. Perubahan nama dari LiveScript ke JavaScript adalah berkebetulan dengan langkah Netscape menambah sokongan teknologi Java di pelayar web Netscape Navigator keluarannya. JavaScript mula diperkenalkan dan dipasang di pelayar Netscape versi 2.0B3 pada Disember 1995.

Pada tahun 2011, versi terakhir bagi JavaScript ialah 1.8.5

Sintaks dan simantik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 2009, versi terbaru bagi bahasa ini ialah JavaScript 1.8.1. Ia merupakan superset bagi ECMAScript (ECMA-262) Edition 3. Sambungan kepada bahasa berkenaan, termasuklah sokongan separa untuk E4X (ECMA-357) dan tampilan-tampilan eksperimental yang diambil kira untuk disertakan dalam edisi-edisi ECMAScript masa hadapan, didokumentasikan di sini.[2]

Contoh mudah[sunting | sunting sumber]

Fungsi rekursif ringkas:

function factorial(n) {
    if (n === 0) {
        return 1;
    }
    return n * factorial(n - 1); 
}

Skrip aluan ringkas:

var nama = prompt("Nama:zulhaidi:akmal?");
alert("Selamat datang "+nama);

Sintaks fungsi awanama (atau lambda):

function add (i, j) {
    var add_pri = function (x, y) {
        return x + y;
    };

    return add_pri(i, j);
}

Penutupan:

function showclosure () {
    var inc = makeinc(1);

    inc(); // 1
    inc(); // 2
    inc(); // 3
}

function makeinc (initialValue) {
    var count = initialValue;

    return function () {
        return count++;
    };
}

Demonstrasi fungsi variadik. 1 akan dialert, kemudian 2, seterusnya 3. arguments merupakan pemboleh ubah khas.

function unlimited_args () {
    for (var i = 0; i